8 daerah di Selangor, 14 lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD

0
756
Suasana penduduk di kawasan perumahan Jalan Kubur, Pantai Dalam selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai. – MALAKAT TRIBUNE/Farid Janudin

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih membimbangkan apabila berlaku penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

Berikut merupakan mukim di Selangor yang dikenakan PKPD:

Daerah Petaling:

Mukim terlibat ialah Petaling, Damansara , Sungai Buloh dan Bukit Raja.

Daerah Hulu Langat:

Mukim terlibat ialah Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang.

Daerah Sepang:

Mukim terlibat ialah Dengkil, Labu dan Sepang.

Daerah Gombak:

Mukim terlibat ialah Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang dan Kuang

Daerah Kuala Langat:

Mukim terlibat ialah Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar Jugra dan Batu.

Daerah Klang:

Mukim terlibat ialah Kapar dan Klang

Daerah Kuala Selangor:

Mukim terlibat ialah Ijok, Bestari Jaya dan Jeram.

Daerah Hulu Selangor:

Mukim terlibat ialah Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali

Bagi Kuala Lumpur pula melibatkan lokaliti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kampung Padang Balangaman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2) dan Flat Sri Sabah.

Turut terlibat ialah Kampung Puah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri dan Delima), Kampung Batu Muda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinch, Bandar Baru Sentu dan Taman Ikan Emas.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here