85 hektar kebun Musang King di tanah yang diceroboh habis ditebang

0
793
Hampir 100 kakitangan JPNP dengan dibantu anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) terlibat dalam kerja menebang secara berterusan menggunakan mesin gergaji berantai itu.

RAUB – Lebih 85 hektar daripada seluas 101 hektar pokok di kawasan kebun durian Musang King yang diceroboh secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam, di sini, sudah ditebang sejak lima hari lalu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, kehadiran lebih ramai penebang terdiri daripada kakitangan JPNP disetiap daerah di negeri ini melancarkan kerja memusnahkan pokok durian.

Menurutnya, hampir 100 kakitangan JPNP yang menyertai Operasi Pamah dan mereka dibantu anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) yang menjalankan kerja menebang secara berterusan menggunakan mesin gergaji berantai.

“Aktiviti menebang mula berjalan lancar pada Selasa lalu terutama selepas kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertanggungjawab mengawal dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam termasuk mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan masuk ke hutan simpan berkenaan.

“Faktor hujan pada sebelah petang selain angin kencang turut menjejaskan kelancaran aktiviti menebang yang jadual asal mengambil masa sebulan untuk siapkan,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Katanya, aktiviti menebang pokok durian Musang King dijangka siap sepenuhnya minggu depan terutama apabila semua jadual bertugas kini berjalan lancar mengikut apa yang dirancang.

Nor Azirim berkata, selepas aktiviti menebang selesai sepenuhnya kerja menanam pokok hutan akan dilakukan segera.

Katanya, beberapa spesies pokok hutan sudah dikenal untuk penanaman semula itu antaranya meranti temak nipis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here