87 rakyat Palestin cedera diserang pengganas Israel

0
40
Gambar Fail

RAMALLAH– Sebanyak 87 rakyat Palestin cedera semalam akibat serangan gas pemedih mata yang dilemparkan rejim pengganas Israel ke arah penunjuk perasaan di Tebing Barat.

Penduduk Palestin mengadakan demontrasi menentang penempatan haram Yahudi di pelbagai kawasan di Tebing Barat, terutama Beita di Nablus dan kampung Beit Dajan. 

Bagaimanapun, demontrasi itu diganggu pasukan pengganas Israel dengan menggunakan gas pemedih mata, peluru hidup dan getah. Rakyat Palestin kemudian bertindak balas dengan melemparkan batu. 

Menurut laporan agensi, Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan, tiga orang cedera akibat serangan peluru hidup dan 84 lagi dengan peluru getah. 

Serangan Israel bukan hanya menyasarkan penunjuk perasaan, tetapi juga pekerja kesihatan. 

Tabung gas pemedih mata dilemparkan ke arah cermin hadapan ambulans dan menyebabkan pekerja kesihatan yang berada di dalam kenderaan cedera.

Manakala, dua lagi pekerja kesihatan sukarelawan Palestin cedera akibat terkena peluru getah. 

Dianggarkan 650,000 penjajah Yahudi di penempatan Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here