Aaron dan Wooi Yik raih gangsa untuk Malaysia

0
28
Aksi bertenaga pasangan negara berjaya menewaskan pasangan Indonesia sebentar tadi

CYBERJAYA – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama buat negara dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan negara itu meraih gangsa selepas  menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebentar tadi.

Pada penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, pasangan negara menampilkan aksi terbaik untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-17, 21-14.

Kemenangan itu turut menyaksikan Aaron dan Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan Indonesai itu dalam saingan peringkat kumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here