ADUN Selangor bersama 28 individu lain ditahan memasuki hutan Cameron Highlands

0
936
Antara kenderaan yang difahamkan membawa kesemua individu berkenaan kemasuki hutan Cameron Highlands

KUANTAN – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Selangor bersama 28 individu yang lain ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan polis kerana dikatakan memasuki kawasan hutan di Cameron Highlands tanpa kebenaran.

Memetik laporan Utusan Malaysia, difahamkan kesemua mereka yang menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda difahamkan ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi ketika sedang berkhemah di situ.

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin mengesahkan tentang penahanan itu.

Bagaimanapun katanya, beliau belum menerima laporan dan butiran lengkap dari pegawainya di sana.

Sementara itu, timbul persoalan, tujuan wakil rakyat tersebut datang dari Selangor dengan membawa rombongan masuk ke kawasan hutan di Pahang berikutan terdapat larangan perjalanan rentas negeri ketika ini.

Selain itu sebarang aktiviti sosial dan berkumpulan juga tidak dibenarkan ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here