
KABUL – Afghanistan berindak memanggil pulang duta dan para diplomatnya dari Pakistan susulan insiden penculikan anak perempuan duta tersebut.
Kementerian Luar Afghanistan dalam satu kenyataan berkata, Pakistan perlu menangani isu ini dengan segera dan memastikan dalang insiden itu ditangkap dan diadili, lapor portal al-Jazeera.
“Penculikan dan penyeksaan anak duta kami secara tidak langsung ‘mencederakan’ maruah negara kami,” kata Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh dalam satu ciapan.
Pada Jumaat lalu, anak duta Afghanistan ke Pakistan, Silsila Alikhil (gambar) diculik ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya.
Dia kemudiannya diseksa oleh kumpulan penculik itu yang sehingga kini masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah mengarahkan pihak keselamatan supaya meningkatkan usaha bagi membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.