
CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek, yang meninggal dunia semalam.
Ucapan menerusi laman Facebook Istana Negara itu menzahirkan kesedihan atas pemergian Datin Latifah ke Rahmatullah dan berharap agar seluruh keluarga sabar dan tabah menghadapi ketentuan Allah.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut hantaran itu.
Berita duka pemergian Latifah Sidek itu dimaklumkan menerusi satu ciapan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar pukul 9 malam tadi.
Difahamkan, sebelum ini, Latifah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Datuk Misbun Sidek pada tahun 1987 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita dan Misbun Awalauddin.