Ahli Parlimen UMNO diberi kebebasan sokong PM di Dewan Rakyat

0
160
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

CYBERJAYA – Ahli Parlimen UMNO dibenarkan menggunakan budi bicara jika berlaku sebarang pengundian di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semalam tadi.

“Namun, difahami semua keputusan parti mestilah dijadikan panduan oleh Ahli Parlimen UMNO dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat Ahmad selepas menerima mandat untuk memberi butiran tambahan kepada berkenaan keputusan Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung secara maya.

Awal pagi tadi, dalam satu sidang akhbar selepas berakhirnya mesyuarat MKT, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa UMNO menarik semula sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini selepas kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Muhyiddin telah hilang majoriti akibat penarikan sokongan daripada UMNO yang mempunyai sebanyak 38 ahli Parlimen.

Daripada jumlah ahli Parlimen itu, sebanyak 16 daripada mereka memegang jawatan menteri atau timbalan menteri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here