Akan ada usaha singkir kerajaan dominasi Islam – Abdul Hadi

0
148
Poster tulisan MindaPresidenPAS disiarkan Facebook Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu umat Islam di negara ini sedar dan berwaspada kepada usaha-usaha menyingkirkan kerajaan Islam seperti yang berlaku di negara-negara Islam di luar negara.

Beliau berkata, kuasa politik yang berada di genggaman pemimpin Islam tidak akan sesekali disenangi musuh terutama dalam kalangan sekular seperti apa yang berlaku di Mesir, di Algeria, Indonesia dan terbaharu di Tunisia.

Abdul Hadi berkata, perbandingan yang sama boleh dilihat pada penguasaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Malaysia yang menunjukkan perubahan positif berbanding kerajaan yang lalu.

Menurutnya, faktor dominasi pemimpin Islam dalam kerajaan PN hari ini sudah tentu akan dicabar oleh pelbagai pihak yang mahu menggagalkan kerajaan PN.

“Kita telah berjaya mencetuskan kesedaran, apabila dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu ditubuhkan kerajaan sekular yang didominasi oleh kalangan bukan Islam dan seluruh kumpulannya.

“Sehingga kumpulan Islam yang terpengaruh dengannya tidak lebih daripada sekadar menjadi khadam setelah menjadi pejuang.

“Mereka ikut serta bersuara melindungi perancangan kerajaannya yang secara halus melumpuhkan Islam dan umatnya, supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau bersyukur kerana parti-parti utama Melayu Islam dapat disatukan dan bergandingan dengan baik dengan parti-parti bukan Islam.

“Justeru, penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif akan dicabar, kerana dominasi umat Islam dan kalangan yang tidak ekstrem itu dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat,” katanya.

Maka katanya, sudah pasti akan wujud gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here