AKSB: Kelantan sedia beri kerjasama penuh kepada SPRM

0
113
Semalam media melaporkan SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya melalui AKSB kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata, pendekatan itu selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada dengan.

“Kita sentiasa memegang prinsip tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah dan semua pihak hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada siasatan yang sedang dibuat oleh SPRM serta tidak mendahului badan terbabit dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Semalam media melaporkan SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here