Aktiviti berbasikal antara dibenarkan dalam Fasa 1 PPN

0
437

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan sedikit perubahan ke atas prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2.

Kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perubahan ini berikutan kadar vaksinasi negara yang kini semakin positif.

Aktiviti yang dibenarkan pada Fasa 1 PPN:
-kehadiran di pejabat bagi sektor awam ditingkatkan kepada 40% dan tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN),
-perkhidmatan perakaunan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60%,
-operasi pasar harian dan pasar awam dilanjutkan dari 6 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT. Manakala, waktu operasi bagi Pasar Segar Terkawal (PST) akan dilanjutkan dari 7 pagi sehingga 2 petang,
– aktiviti berbasikal dan permainan individu yang boleh mengamalkan penjarakan fizikal 2-3 meter dibenarkan di kawasan kejiranan sahaja,
– pelabuhan, lapangan terbang, dan sektor logistik dibenarkan untuk beroperasi 24 Jam,
– pengoperasian lombong dan kuari adalah dibenarkan dengan kapasiti pekerja sehingga 60% tertakluk kepada SOP Perlombongan dan Pengkuarian. Ini bagi memenuhi keperluan kepada projek-projek kritikal yang melibatkan pembaikan dan pembinaan jalan raya, jalan-jalan luar bandar serta persekutuan.

Bagi Fasa 2 pula, aktiviti yang dibenarkan adalah:
– penggambaran filem di luar studio dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat.
– waktu operasi premis perniagaan dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam termasuk specialty stores (stesen minyak).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here