Ambil iktibar apa yang berlaku pada musim Hari Raya Aidilfitri lepas – TPM

0
112

CYBERJAYA – Orang ramai diingatkan supaya tidak cuba merentas negeri atau daerah sempena sambutan Aidiladha sebaliknya mengambil iktibar daripada peningkatan kes jangkitan Covid-19 ketika ini.

Kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengambil contoh pada musim Hari Raya Aidil Fitri pada 12 Mei lalu, tindakan segelintir indiviu yang menyalah gunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi pulang ke kampung telah turut menjadi punca kepada kemunculan 36 kluster Covid-19.

Berikutan itu, kerajaan tidak punya banyak pilihan selain selain melarang penggunaan surat MITI bagi tujuan pergerakan merentas negeri selama empat hari bermula hari ini.

“Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini (sempena Aidil Adha).

“Pada musim Aidilfitri lalu, beratus ribu (individu) dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja,” kata Ismail Sabri kepada Bernama, hari ini.

“Mungkin ada yang menggunakan ‘kecekapan’ mereka menipu polis dengan merentas negeri melalui jalan kelapa sawit dan sebagainya, tetapi anda tidak boleh menipu Covid-19,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Dewan Pejabat Daerah Jempol di Bandar Seri Jempol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here