Amin Idris dan keluarga positif Covid-19

0
307
Amin Idris

CYBERJAYA – Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris mengesahkan dia dan sekeluarga dijangkiti wabak Covid-19.

Amin dan keluarganya ketika ini sedang menjalani kuarantin kendiri meminta orang ramai mendoakan kesembuhan buatnya sekeluarga.

Perkembangan semasa itu dikongsikan oleh Amin menerusi hantaran di laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi entri di Instagramnya, Amin yang popular dengan rancangan televisyen keagamaan itu berkongsi, tiada lain pintanya selain doa untuk kesembuhan buat dirinya sekeluarga sahaja.

“Tidak ada yang kami dambakan melainkan doa daripada kawan dan sahabat,” tulisnya ringkas dengan tanda pagar diuji positif sekeluarga.

Sementara itu, Amin juga memohon maaf kepada semua yang menghubunginya kerana tidak dapat membalas dan menjawab panggilan ketika ini.

Hasil perkongsian yang memaklumkan dirinya dijangkiti wabak itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis menitipkan doa semoga Amin dan sekeluarga diberi kesembuhan secepatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here