Anak Duta Afghanistan diculik, dipukul

0
336

ISLAMABAD – Anak perempuan Duta Afghanistan ke Pakistan dilaporkan diculik dan kemudiannya dipukul oleh beberapa individu yang tidak dikenali.

Menurut laporan BBC, Silsila Alikhil, 20, diculik dua hari lalu ketika sedang dalam perjalanan pulang ke kediamannya sebelum diculik oelh beberapa lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Dia kemudiannya ditahan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan, dan kemudiannya ‘diseksa’.

Kini, Silsila dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital setelah dibebaskan.

Laporan bagaimanapun, tidak menyebut bila dan bagaimana Silsila dapat melepaskan diri.

Kata bapanya, Najib Alikhil, anaknya kini berada dalam keadaan stabil dan menyeru kerajaan Pakistan supaya meningkatkan kawalan keselamatan terhadap diplomat asing di negaranya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here