Annuar, Mohd Rashid, Nik Abduh negatif Covid-19

0
74
Sidang Dewan Rakyat

CYBERJAYA – Tiga Ahli Parlimen iaitu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif Covid-19.

Memetik laporan Bernama, Annuar berkata berkata : “Saya baik dan sihat,” manakala Nik Mohamad Abduh juga dalam respons ringkas kepada Bernama berkata: “Alhamdulillah negatif,”.

Dalam pada itu, menerusi ciapan dalam laman Twitter miliknya, Annuar sempat bersenam di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

‘Alhamdulillah, walau pun hujan gerimis pagi ini,sempat juga menamatkan beberapa kilometres “brisk walk”, sambil menikmati udara pagi.

“Syukur pada Allah di beri kesihatan yang baik. Ingatan kita pada mereka yg uzur dan kesusahan. Doa buat kesembuhan mereka, ubati kedukaan mereka ya Allah,” ciapnya.

Dalam pada itu, Pegawai Komunikasi Strategik kepada Mohd Rashid, Muhammad Afiq Mohd Hanif berkata, selain Ahli Parlimen Batu Pahat itu, semua pegawainya juga didapati negatif Covid-19 selepas menjalani saringan di Parlimen semalam.

Beliau berkata, Mohd Rashid juga bukan kontak rapat kepada mana-mana individu yang dilaporkan positif virus itu.

“Semua pegawai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah negatif selepas ujian (saringan) yang dijalankan di Parlimen dan Datuk Mohd Rashid juga negatif. Datuk (Mohd Rashid) ada buat ujian sendiri (di klinik swasta) tadi dan keputusannya juga negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima laporan penuh daripada ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Khamis dan semalam di Dewan Rakyat.

Semalam media melaporkan hasil saringan itu, sekurang-kurangnya 35 individu termasuk beberapa Ahli Parlimen dikatakan positif Covid-19.

Saringan itu dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak menjelang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula Isnin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here