Anwar menghadap Agong hari ini berita palsu – Fahmi Fadzil

0
73
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – PKR menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berita tersebut adalah tidak benar dan palsu.

“Saya pohon kerjasama rakan-rakan media untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari sumber yang tepat sebelum menyiarkan berita untuk mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi Fadzil

Terdahulu tular laporan berita daripada beberapa portal yang memetik satu sumber PKR bahawa Anwar akan menghadap Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here