APHM nafi hospital swasta gunakan ivermectin rawat pesakit Covid-19

0
60
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menafikan dakwaan bahawa ada antara ahlinya yang menggunakan ubat Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19.

Kata Presiden APHM, Datuk Dr. Kuljit Singh, para ahlinya hanya menggunakan protokol rawatan yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan persatuan perubatan antarabangsa lain.

“Kami telah berhubung dengan kebanyakan 152 ahli kami dan mereka megesahkan Ivermectin tidak dimasukkan dalam protokol rawatan pesakit Covid-19,” kata Dr. Kuljit dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai susulan maklumat yang menjadi tular di media sosial bahawa terdapat hospital swasta yang menggunakan ubat anti-parasit itu bagi merawat pesakit Covid-19.

“Setakat ini, beberapa buah hospital KKM sedang mengadakan ujian rawatan menggunakan ubatan tersebut.

“Bagaimanapun, tiada hospital swasta yang turut terlibat dalam ujian itu,” katanya lagi.

Dr. Kuljit kemudiannya berkata, ivermectin hanya akan digunakan dalam protokol rawatan sekiranya sudah diluluskan KKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here