Aplikasi sidang video Liqaa terima rating tinggi di PlayStore

0
50
Aplikasi Liqaa yang menawarkan faktor keselamatan dan privasi kepada pengguna.

CYBERJAYA – Aplikasi tele-persidangan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Malakat Eco, Liqaa yang baharu baru-baru ini mendapat testimoni baik daripada pengguna.

Melalui pemeriksaan ulasan di PlayStore hari ini, aplikasi yang dibangunkan oleh anak tempatan itu menerima rating sebanyak 4.9 daripada 5 bintang.

Pengguna, Muculmano Muculmano dalam ulusan pada aplikasi itu berkata; “Alhamdulillah tiada aplication bugs (masalah) dikesan setakat ini.

PutraKayang pula berkata; “Terbaik, Nak minta tolong update boleh tukaq background….lagi syiokk.

Shahrir Abdul Jamil berkata; “Ok tak ada masalah, aplikasi ini sokong berapa pengguna ye??

Selain itu, rata-rata pengguna lain memuji pengalaman menggunakan aplikasi itu dengan komen-komen positif seperti ; Terbaik, Bagus, Excellent.

Mohd Fadzil Hashim

Sementara itu, Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim hari ini mengucapkan tahniah kepada 1,000 pengguna pertama aplikasi seperti Zoom itu.

“Terima Kasih kepada 1,000 pengguna Liqaa.io yang pertama. Jom beralih kepada Liqaa sebagai platform online meeting anda.

“Join liqaa.io atau Download di Apps Store, Play Store atau Huawei Store,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, aplikasi sidang video yang sedia untuk dimuat turun itu menawarkan ciri-ciri kerahsiaan dan keselamatan data peribadi lebih selamat.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh anak tempatan itu menawarkan enkripsi menyeluruh bagi persidangan secara maya dengan akses hanya dihadkan kepada peserta sahaja.

Selain jaminan itu katanya, aplikasi Liqaa juga menawarkan ciri-ciri keselesaan pengguna termasuk tiada had penyertaan dalam setiap sesi sidang video.

Pembangunan aplikasi itu katanya bertujuan menyediakan platform baharu kepada pengguna terutama rakyat negara ini untuk mengelakkan sebarang pencerobohan privasi seperti yang dilaporkan berlaku di beberapa aplikasi popular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here