Arab Saudi hantar 3 pesawat bantuan perubatan kepada Malaysia

0
286
Pesawat Saudia yang menghantar bekalan perubatan oleh Arab Saudi kepada Malaysia

CYBERJAYA – Arab Saudi menghantar tiga kapal terbang penuh dengan bantuan peralatan perubatan untuk membantu Malaysia dalam berhadapan dengan peningkatan kes yang sedang meningkat akibat Covid-19.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dua pesawat yang mengandungi bantuan perubatan telah tiba semalam dan bakinya akan tiba hari ini.

“Baru lima hari lepas Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan Covid-19 dihantar ke Malaysia, semalam ia telah tiba di tanah air menerusi dua buah pesawat manakala sebuah lagi akan tiba hari ini.

“Tiga pesawat Saudia Airlines dihantar Kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini, alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Baru-baru ini, Arab Saudi berjanji untuk menghantar bantuan merangkumi pemberian satu juta dos vaksin Covid-19, peralatan perubatan, peralatan penjagaan dan rawatan, barangan pencegahan dan lain-lain keperluan perubatan.

Ia selepas kes harian Covid-19 yang dilaporkan setiap hari di seluruh negara terus merekodkan angka yang membimbangkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here