Arab Saudi iktiraf vaksin Sinovac untuk jemaah tunaikan ibadat haji, umrah

0
320
Vaksin Sinovac

CYBERJAYA – Kerajaan Arab Saudi kini telah mengiktiraf vaksin jenis Sinovac bagi membolehkan jemaah haji dan umrah dari negara lain untuk menunaikan ibadah tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi menerusi laman sesawang miliknya.

Selain vaksin Sinovac, turut diiktiraf ialah vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxford-AstraZeneca, Janssen dan Sinopharm.

Menurut kenyataan itu lagi pihaknya juga berhak untuk menolak permohonan mana-mana pihak yang tidak memasukkan data sudah menerima vaksin yang merupakan salah satu syarat utama kemasukan ke negara itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kenyataan berasingan menyambut baik pengumuman tersebut.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here