Atlet angkat berat Filipina raih emas pertama negaranya

0
389

TOKYO – Hidilyn Diaz menjadi wirawati Filipina apabila berjaya menggondol pingat emas Olimpik pertama buat negaranya, hari ini.

Pingat tersebut hadir menerusi acara angkat berat wanita kategori 55 kilogram (kg).

Lebih manis lagi, Diaz yang menjadikan bandar Jasin, Melaka sebagai lokasi latihannya sebagai persediaan sebelum ke temasya ini, turut mencatat rekod baharu temasya dengan jumlah angkatan sebanyak 224kg.

Dalam acara snatch, Diaz berjaya mengangkat bebanan sebanyak 97kg, manakala dalam acara snatch & jerk, dia berjaya mengangkat bebanan sebanyak 127kg.

Pingat perak dimenangi oleh atlet China dan juga pemegang rekod dunia, Liao Quiyun, manakala pingat gangsa dimenangi oleh eserta Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo.

Untuk rekod, Diaz merupakan pemenang pingat perak di temasya Rio 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here