Atlet gimnastik Jerman tetap pertahan pakai seluar panjang sampai ke buku lali

0
585
Salah seorang atlet gimnastik Jerman yang bertanding dalam temasya Olimpik Tokyo 2020

TOKYO – Pasukan gimnastik wanita Jerman akan terus memakai sut penuh yang menutup lengan dan kaki sehingga ke buku lali dalam acara gimnastik di Sukan Olimpik Tokyo.

Dalam aksi kelayakan di Olimpik Tokyo semalam, atlet gimnastik Jerman membuktikan atlet wanita boleh memakai apa saja mengikut pilihan mereka.

Pasukan Jerman yang dibarisi Sarah Voss, Pauline Schaefer-Betz, Elisabeth Seitz dan Kim Bui, membuka tirai Olimpik mereka dengan memakai unitard berwarna merah dan putih, yang menutup lengan dan kaki sehingga ke buku lali.

Memetik laporan AGENSI, pakaian sama dipakai ketika latihan pada Khamis lalu.

Pasukan Jerman memakai seragam sama ketika kejohanan Eropah pada April dan mendapat sokongan padu gimnas wanita lain.

Bagi wanita, pakaian standard untuk pertandingan adalah leotard, dan baju tanpa lengan dibenarkan.

Pakaian yang menutup kaki dibenarkan di pertandingan antarabangsa tetapi sebelum ini ia dilakukan atas faktor keagamaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here