Azizulhasni dedah ‘senjata’ RM13 juta untuk Olimpik Tokyo

0
228
Azizulhasni Awang bersama Mohd Shah Firdaus pada majlis pelancaran basikal trek Olimpik baru-baru ini. Foto – The Star.

CYBERJAYA – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam hantaran di Instagramnya semalam berkongsi ‘jentera’ yang akan digunakan untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Dalam video yang dimuat naik itu, Azizulhasni memperlihatkan bahagian-bahagian utama basikal model WX-R Vorteq yang dibina dengan kos penyelidikan dan pembangunan berjumlah RM13 juta.

Kos berkenaan adalah bagi 6 buah basikal untuk kegunaan dua jaguh basikal trek negara iaitu Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengejar pingat emas di Velodrom Izu.

Pembangunan basikal yang setiap satu berharga RM300,000 itu adalah pelaburan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat United Kingdom, TOTALSIM Ltd.

Penyelidikan basikal sejak empat tahun lalu itu menekankan teknologi aerodinamik dan berat basikal untuk memberi prestasi terbaik kepada pelumba.

Azizulhasni pernah melakar sejarah menjadi atlet berbasikal trek pertama negara memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil akan berlepas ke Tokyo pada 25 Julai ini.

Anak kelahiran Terengganu berusia 34 tahun itu baru-baru ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) oleh Sultan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here