Bangkok bergolak

0
914

BANGKOK – Para penunjuk perasaan yang ingkar pada larangan berhimpun menggesa Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha supaya meletak jawatan.

AFP melaporkan, selain melaungkan slogan anti-kerajaan, mereka turut membawa beg mayat berserta cat merah berhampiran Monumen Demokrasi, berarak menuju kepada pejabat kerajaan.

“Kami akan mati akibat Covid-19 jika kami tinggal di rumah, itu sebabnya kami perlu keluar rumah.

“Prayut Chan-O-Chan perlu meletak jawatan tanpa sebarang syarat, pemotongan bajet kepada monarki dan penggunaan tentera melawan Covid-19 dan akhir sekali ialah membawa masuk vaksin mRNA,” jerit seorang daripada penunjuk perasaan berkenaan.

Tindakan penunjuk perasaan memaksa pihak polis melepaskan semburan meriam air selepas kumpulan itu enggan bersurai walaupun sudah diberikan arahan dan amaran.

Penunjuk perasaan turut dilihat membawa kain rentang gergasi, memaparkan wajah bekas ketua tentera yang terbabit dalam rampasan kuasa pada tahun 2014 sebelum memijaknya beramai-ramai.

Thailand kini berdepan gelombang penularan Covid-19 terburuk dengan jumlah kes merekodkan peningkatan mendadak, manakala hospital kini beroperasi d pada tahap maksimum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here