Bawa lari dokumen, cerita Caprice macam drama-Ebit Lew

0
1854

CYBERJAYA – Tuduhan bawa lari dokumen dan serah kepada menteri yang dibuat oleh Caprice atau Ariz Ramli macam drama, kata penceramah bebas, Ebit Lew.

Ebit dalam sesi live hari ini menjelaskan, segala tuduhan tersebut tidak benar sema sekali dan beliau beranggapan mungkin Caprice tidak ‘sedar’

“Dia (Caprice) tuduh saya bawa lari dokumen, saya bersangka baik…mungkin dia stress. Dia cakap sepatutnya dia bersama saya, Neelofa dan suami patut bersama-sama ke Gaza.

“Saya tidak pernah jumpa Neelofa dan Haris untuk bincang perkara ini.. Caprice kata dia dimaklumkan oleh mak Neelofa, macam drama cerita dia,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan Caprice bahawa beliau mencium kaki menteri, Ebit berkata, Wallahi beliau tidak berbuat demikian.

“Wallahi…takkan saya nak cium kaki orang, menteri yang dimaksudkan itu mungkin Dr. Mahmoud, dia sangat terkenal dan dia datang untuk raikan pasukan yang datang.

“Dr Mahmoud kata Gaza ini milik semua orang dalam dunia, dia datang ke bilik saya untuk ucapkan terima kasih dan bagi Sijil Duta Muhibbah Palestin, Caprice kata saya bayar, sama sekali tidak,” katanya.

Menjawap pertanyaan kepada beliau menyekat Caprice di laman Instagram, Ebit berkata, beliau akan menyekat seseorang terlalu negatif.

“Dia mesej tegur saya mengenai patung dan sebagainya. Dia juga tegur bahawa ramai orang Malaysia tidak dapat tengok dan melawat ayah ketika ini,” katanya.

Perkara berkenaan kemungkinan dibangkitkan selepas Ebit diberikan kebenaran untuk melawat ayahnya ketika nazak di hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here