Bayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan ke 26,27 Julai

0
481
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pembayaran i-Sinar bagi bulan Ogos akda diawalkan kepada 26 dan 27 Julai depan.

Perkara itu diumumkan oleh KWSP dalam satu ciapan di akaun rasmi Twitter miliknya, sebentar tadi.

Kenyataan ringkas itu turut menyebut, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli yang telah memohon akan mengambil masa selama 1 hingga ke 5 hari bergantung kepada prosedur bank.

“Para ahli yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, boleh menghubungi KWSP di 03-89224848 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here