Bayi berusia 38 mingu maut akibat Covid-19, ibunya masih bertarung nyawa di ICU

0
354
Petugas Jawi dan kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika menguruskan jenazah bayi tersebut.

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga berdepan dugaan yang berat apabila seorang ahli keluarga termuda mereka yang baru berusia 38 minggu maut akibat Covid-19, semalam.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), lebih menyedihkan apabila ibu bayi tersebut masih bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) akibat penyakit sama.

“Ya Allah, sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah Covid-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.

“Difahamkan ibunya kini masih bertarung nyawa di ICU. Bapanya pula bersama lapan orang lagi anak sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” ujarnya.

Sementara itu, sekeping gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Jawi mengundang simpati dan kesedihan semua pihak yang mendoakan keluarga tersebut tabah dan ibu mereka kembali sembuh seperti sedia kala.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here