Beregu lelaki negara tempah tiket ke suku akhir

0
123
Pasangan beregu negara, Aaron (kiri) dan Wooi Yik berjaya melangkah ke suku akhir.

TOKYO – Pasangan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menempah tiket ke pusingan suku akhir acara badminton beregu lelaki Olimpik 2020 setelah berjaya menempah kemenangan kedua pada peringkat kumpulan, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang Plaza Musashino Forest itu tadi, pasangan negara berjaya menewaskan beregu Kanada, Nyl Yakura/Jason Ho-Shue dengan keputusan straight set 21-15, 21-13.

Pada perlawanan pertama Sabtu lepas, pasangan negara menewaskan beregu Korea Selatan juga dengan keputusan straight set.

Semalam, beregu negara yang berkedudukan sebagai pilihan ke-10 pertandingan, terpaksa tunduk kepada beregu pilihan kedua dari Indonesia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 16-21, 19-21.

Lawan pasukan negara di pusingan suku akhir pada Khamis nanti akan ditentukan menerusi undian, namun selaku naib juara kumpulan D, pasangan negara dijangka bakal menentang juara kumpulan B ataupun C.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here