Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang

0
102


Gambar Fail

CYBERJAYA- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengeluarkan ketetapan baharu berhubung jumlah jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidiladha di masjid dan juga surau.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu akan berkuat kuasa esok dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohd Ajib berkata, bagi solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya menetapkan bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang.

“Bilangan jemaah di lapan buah masjid pusat zon pula dibenarkan seramai 100 orang manakala bilangan jemaah di masjid kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang.

“Selain itu, bilangan jemaah di surau diberi kebenaran khas untuk solat Jumaat seramai 40 orang.

“Manakala, bilangan jemaah di surau projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula dibenarkan seramai 12 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Ajib, bagi solat fardu di kawasan PKP pula, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 100 orang dan bilangan jemaah di lapan buah masjid pusat zon seramai 50 orang.

“Bilangan jemaah di masjid kariah dan surau pula dibenarkan seramai 30 orang manakala, bilangan jemaah di surau diberi kebenaran khas untuk solat Jumaat dibenarkan seramai 20 orang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi kawasan PKPD pula, hanya tiga jemaah dibenarkan di masjid, surau Jumaat dan surau dengan solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here