Cabaran besar menanti beregu Malaysia di suku akhir

0
102
Aaron Chia (belakang) dan Soh Wooi Yik di undi bertemu pasangan pilhan pertama dari Indonesia pada pusingan suku akhir nanti.

TOKYO – Pasangan beregu negara berdepan cabaran besar di suku akhir acara badminton lelaki Olimpik 2020 nanti apabila diundi bertemu pilihan pertama temasya dari Indonesia.

Dalam perlawanan suku akhir pada Khamis nanti, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik diundi bertemu dengan pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Marcus Fernaldi dan Kevin Sanjaya berjaya melayakkan diri selaku juara Kumpulan A dengan dua kemenangan setelah menewaskan Great Britain dan India, dan satu keputusan tewas kepada pasangan Taiwan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here