Caprice dedah Ustaz Ebit Lew sekat dirinya di laman Instagram

0
869
Caprice dan Ustaz Ebit Lew

CYBERJAYA – Penyanyi rap dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram.

Caprice menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto

Pededahan Caprice di laman Instagramnya

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,”. Tulisnya.

Caprice atau atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menulis dalam sekurang -kurangnya 13 hantaran di Instagram Stories petang semalam.

Katanya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya telah disekat dari Instagram Ebit.

Bagaimanapun, pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here