Caprice nekad tidak mahu pulang ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar

0
35593
Caprice bersama Ebit Lew ketika di Kaherah, Mesir baru-baru ini

CYBERJAYA – Penyanyi rap terkenal, Caprice yang kini terjebak dengan kontroversi perbalahan dengan pedakwah terkenal Ebit Lew menyatakan pendirian untuk tidak pulang ke Malaysia selagi kerajaan sedia ada tidak bertukar.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir untuk menunggu peluang memasuki Gaza, Palestin mendakwa, dia mempunyai rahsia besar yang tersimpan dan bimbang mengenai keselamatan dirinya sekarang.

“Saya ada rahsia, saya minta maaf tak boleh bagi tahu sekarang, saya ada cakap dengan Alif Satar (penyanyi) tadi. Saya minta maaf kemungkinan kita tak akan balik selagi kerajaan Malaysia tak bertukar,”

“Apa yang Caprice dapat tahu dia punya jijik Caprice tak boleh terima, sangat-sangat jijik, Caprice ada WhatsApp Alif bagi tahu sebab dia jiran dengan ayah dan mak saya, kalau saya tak ada dia yang akan jaga mereka,” katanya sambil menangis ketika menyertai sesi Instagram Live bersama pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad malam semalam.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P) bagaimanapun terjebak dalam kontroversi bersama Ebit Lew selepas mendakwa kecewa pendakwah terkenal itu menggunakan kanak-kanak malang di Gaza sebagai bahan kandungan media sosialnya.

Caprice

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 hantaran Instagram Stories semalam.

Tangkap layar Insta Story Caprice

Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Sementara itu, Sharnaaz menasihati penyanyi rap itu supaya segera pulang ke tanah air dan menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara dan tidak lagi mengheret kontroversi itu dengan lebih panjang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here