
CYBERJAYA – Dengan hanya membayar upah RM30, orang ramai di sekitar Lembah Klang kini berpeluang menikmati keenakan ‘air tangan’ cef-cef terkemuka di restoran fine dining, Casa de Madani (CDM) di Malakat Mall, Cyberjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, perkhidmatan cef peribadi atau butler itu menawarkan kira-kira 100 pilihan menu terbaik restoran berkenaan.
Katanya, promosi yang sedang berlangsung itu diperkenalkan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memberi peluang kepada orang ramai menikmati makanan bertaraf lima bintang pada harga berpatutan.
“Melalui perkhidmatan butler dan cef peribadi dari Restoran Fine Dining, Casa De Madani, apa sahaja menu yang korang teringin nak makan, kami boleh realisasikan.
“Kami menyediakan pelbagai menu menarik termasuk masakan barat dan masakan panas tempatan untuk tempahan,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.


Menariknya, Chef De Crusine CDM, Mohd. Shahrul Nizam Zulkifli berkata, bayaran upah RM30 itu dikenakan bukan hanya untuk satu menu tetapi ditawarkan untuk satu ‘pakej’ tempahan.
“Bagi tempahan untuk satu keluarga misalnya memerlukan 3 hingga 4 menu atau masakan, kami hanya caj RM30 untuk pakej itu.
“Manakala bagi harga bahan mentah, kami mengenakan caj bayaran mengikut harga semasa di pasar raya kami iaitu Malakat Grocer.
“Melalui cara ini, pelanggan tidak perlu lagi ke pasar untuk mencari bahan mentah kerana kami sediakan dari A hingga Z,” katanya.
Katanya, caj penghantaran pula dikenakan mengikut jarak iaitu RM5 dalam radius 5 kilometer (km) dan RM1 bagi tambahan setiap km.
Restoran Casa de Madani merupakan restoran berstatus fine dining halal pertama di Malaysia yang dibarisi cef-cef berpengalaman dari sektor perhotelan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 016-2214961 atau layari laman sesawang Casa de Madani www.casademadani.asia untuk pertanyaan lanjut.
