CDC gesa individu terima dos penuh vaksin terus pakai pelitup muka di tempat tertutup

0
36
GAMBAR HIASAN

WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang sudah menerima dos vaksin digesa memakai pelitup muka apabila berada dalam kawasan tertutup di wilayah yang mempunyai kadar penularan yang tinggi.

Menurut Reuters, tatacara pemakaian pelitup muka terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) itu turut menggariskan keperluan pemakaian pelitup muka di semua tadika dan sekolah.

Kata CDC lagi, 63.4 peratus wilayah AS mempunyai kadar penularan yang tinggi, antaranya Manhattan, Los Angeles, San Fransisco dan Florida.

Kes baharu Covid-19 di AS semakin meningkat disebabkan penularan varian Delta dan menurut pakar, lebih 80 peratus daripada kes yang masih aktif adalah berpunca daripada varian itu.

Bagaimanapun, nasihat CDC ini bukanlah satu perintah tetap dan dijangka tidak akan dipatuhi oleh semua negeri, terutamanya kalangan negeri yang menyokong Republikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here