Ceroboh Hutan Simpan Cameron: ADUN Teratai, 28 individu lain dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan

0
4113
ADUN Teratai bersama 28 individu lain ditahan kerana menceroboh hutan simpan Cameron Highlands awal pagi tadi. Kredit Gambar PahangKu Media

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong bersama 28 lagi individu lain yang ditahan kerana memasuki Hutan Simpan di Cameron Highland, Pahang tanpa permit telah dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan bagi tujuan ujian saringan Covid-19.

Memetik laporan PahangKu Media, mereka ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memasuki hutan simpan tanpa permit dan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, kesemua individu berkenaan yang menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda difahamkan ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi ketika sedang berkhemah di situ.

ADUN Teratai bersama 28 individu lain ditahan kerana menceroboh hutan simpan Cameron Highlands awal pagi tadi

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin mengesahkan tentang penahanan itu.

Bagaimanapun katanya, beliau belum menerima laporan dan butiran lengkap dari pegawainya di sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here