Chong Wei cadang Zii Jia berlatih di Melaka

0
135
Perlawanan peringkat kalah mati antara Lee Zii Jia dan Cheng Long semalam

CYBERJAYA – Meskipun tewas dalam acara perseorangan lelaki melibatkan perseorangan negara, Lee Zii Jia, legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei tetap memuji persembahan atlet muda negara itu.

Ketua kontijen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo itu berkata, Zii Jia tidak perlu berasa terlalu kecewa ke atas kekalahannya di tangan juara bertahan dari China itu.

Katanya, Zii Jia telah mempamerkan permainan amat baik dan satu Malaysia tahu bahawa jaguh tersebut telah mencuba sedaya-upaya.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion (juara bertahan). Muka sahaja innocent tetapi mamat itu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

Lee Chong Wei

“Semalam game (permainan) I rasa dari segi power, speed (kelajuan) dan teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time Olimpik pertama pun tak kemas,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Chong Wei berkata, yang penting, Zii Jia perlu mendongakkan dagu dan teruskan usaha kerana Olimpik berikutnya tiga tahun saja dari sekarang.

“Kejayaan anda bukanlah hilang tetapi hanya ditangguhkan. Saya bangga dengan awak. Rakyat Malaysia bangga dengan awak,” katanya.

Sementara itu, pemenang tiga pingat perak dalam Sukan Olimpik itu secara  berseloroh mencadangkan agar atlet kelahiran Kedah itu mencari lokasi latihan baharu di Melaka.

Menurutnya di laman Facebook, ia ekoran ura-ura bahawa menjalani latihan di Melaka membolehkan seseorang memenangi pingat emas di temasya Olimpik.

“Maybe (mungkin) lepas ini cari tempat training (latihan) kat Melaka. Dengar kata training di situ boleh dapat emas Olimpik.

“Kepada Chen Long: Awak lagi! Jangan sampai kami jumpa awak di Malaysia bulan depan! Hahaha. Bergurau sahaja. Nikmatilah temasya tersebut dan semoga maju jaya!” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here