Copa Amerika: Leo Messi kemudi Argentina ke separuh akhir

0
68

GOIANIA, Brazil – Argentina berjaya melayakkan diri ke pusingan searuh akhir Copa Amerika setelah menewaskan Ecuador, sebentar tadi.

Gol-Gol Argentina hadir menerusi jaringan Rodrigo de Paul pada minit ke-40, Lautaro Martinez pada minit ke-84, dan menerusi sepakan percuma Lionel Messi pada minit ketiga waktu kecederaan.

Menanti Argentina di pusingan seterusnya pada hari Rabu (waktu Malaysia), pasukan Colombia.

Satu lagi pusingan separuh akhir di antara Brazil menentang Peru akan berlangsung pada pagi Selasa (waktu Malaysia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here