
CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 terus kekal pada angka lima digit dengan 10,972 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes paling tinggi dengan 4,404 kes dengan diikuti Negeri Sembilan sebanyak 1,340 kes.
Dalam pada itu, kedudukan Kuala Lumpur yang sebelum ini sentiasa berada di tiga tangga teratas diambil alih oleh negeri-negeri lain yang mula merekodkan jumlah membimbangkan.
Antaranya Johor yang berada di tangga ketiga kes tertinggi dengan 876 kes dan Kedah dengan 705 kes.
Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,404 (326,823)
Kuala Lumpur – 609 (99,172)
Johor – 876 (79,554)
Sabah – 651 (75,796)
Sarawak – 301 (71,601)
Negeri Sembilan – 1,340 (62,369)
Pulau Pinang – 426 (39,296)
Kelantan – 170 (37,728)
Kedah – 705 (33,255)
Perak – 324 (31,573)
Melaka – 474 (25,526)
Pahang – 475 (18,948)
Terengganu – 144 (12,797)
Labuan – 24 (9,451)
Putrajaya – 48 (3,016)
Perlis – 1 (628)
Semalam, buat pertama kes turun kepada 10,710 kes selepas dua hari berturut-turut kes melebihi 13,000 kes.
Bagaimanapun, jumlah kes kematian yang dilaporkan semalam adalah paling tinggi pernah direkodkan dengan 153 kes.-MT