
CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 17,170 kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, berbanding 17,405 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sudah mencecah 1,078,646 kes.
Jumlah itu mewakili 7,163 kes yang dikesan di Selangor, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,138, dan Johor 1,054 .
Pecahan kes bagi negeri lain adalah seperti;
Sabah – 776 (82,620)
Sarawak – 582 (75,793)
Negeri Sembilan – 884 (69,483)
Pulau Pinang – 554 (44,431)
Kedah – 1,212 (42,961)
Kelantan – 615 (41,758)
Perak – 596 (36,094)
Melaka – 416 (30,088)
Pahang – 638 (23,243)
Terengganu – 437 (15,807)
WP Labuan – 11 (9,645)
WP Putrajaya – 84 (3,735)
Perlis – 10 (675)