Covid-19: 207 kes kematian dilaporkan, tertinggi setakat ini

0
34
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 207 kes kematian melibatkan pesakit Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus merekodkan kes tertinggi sejak wabak tersebut mengganas di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian itu juga menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di negara ini melebihi 8,000 individu, iaitu 8,201 pesakit.

“Sebanyak 207 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 57 kes di Selangor, 52 kes di Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, 19 kes di Kedah, 18 kes di Melaka, 14 kes di Negeri Sembilan dan tujuh kes di Pahang

“Enam kes di Sabah, lima kes di Perak, tiga kes di Pulau Pinang dan dua kes di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 14 kematian yang dilaporkan hari ini meninggal dunia di rumah.

Sementara itu, katanya, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) juga mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,009 pesakit.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 524 daripada mereka masih memerlukan alat bantuan pernafasan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here