Covid-19: Angka kes baharu kembali naik

0
27

CYBERJAYA – Angka jangkitan kes baharu kembali naik apabila sebanyak 12,366 kes dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 939,899 kes.

Negeri Selangor menjadi penyumbang terbesar kepada angka baharu tersebut dengan 5,524 kes, diikuti oleh WP Kuala Lumpur dengan 1,580, dan Negeri Sembilan dengan 970 kes.

Sementara itu, tiga buah negeri turut mencatatkan angka kes melebihi 500 iaitu Johor (793 kes), Kedah (701) dan Sabah (657).

Hanya Perlis mencatat pertambahan satu digit, dengan hanya 2 kes baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here