Covid-19: Bekalan 5 juta dos vaksin diberikan untuk Selangor bulan ini

0
72
Vaksin AstraZeneca diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk memberikan lima juta dos termasuk tambahan satu juta dos vaksin Covid-19 kepada Selangor untuk mempercepatkan proses vaksinasi di negeri berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kesemua pemberian vaksin itu akan dilakukan pada bulan ini.

“Saya bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sudah berstuju untuk bulan ini memberi empat juta dos vaksin di Selangor dan tambahan satu juta lagi untuk diberikan.

“Ini adalah langkah yang cepat untuk laksanakan mencapai imuniti kelompok dan perkara ini akan melibatlkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, untuk negeri-negeri lain pemberian vaksin adalah mengikut jadual seperti biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here