Covid-19 : Jumlah terbaharu turun sebanyak 2,529 kes berbanding semalam

0
38
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 24 jam yang lalu merekodkan 14,516 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes kumulatif negara ini 1,027,954.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, jumlah ini melibatkan penurunan 2,529 kes berbanding kes tertinggi direkodkan semalam (17,045).

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 6,508 kes berbanding 8,500 kes semalam manakala Kuala Lumpur 1,425 kes berbanding 2,045 kes semalam.

Katanya peningkatan kes ketara berlaku di Johor melibatkan 1,449 kes berbanding 950 kes semalam manakala Kedah sebanyak 1,160 kes berbanding 1,216 kes semalam.

“Sabah pula mencatatkan 750, Sarawak (356) Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Kelantan (346) Perak (590), Melaka (373), Pahang (386), Terengganu (245),
Putrajaya (94), Labuan (8) dan Perlis (2),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here