Covid-19 kembali meningkat kepada 16,117

0
12
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 dalam negara kembali meningkat dengan 16,117 kes berbanding 14,516 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1,044,071 kes.

Beliau berkata berkata, tiga negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Selangor dengan 6,616 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,457) dan Kedah (1,000).

Selain itu Johor 907 kes, Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405) dan Pahang (403).

“Pertambahan kes turut dilihat di Terengganu dengan 317 kes, Putrajaya (122), Labuan (11) dan Perlis (dua),” katanya dalam Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here