Covid-19: Kes keseluruhan dalam negara makin hampiri 1 juta

0
14
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di dalam negara bakal mencecah 1 juta selewat-lewatnya Isnin depan jika trend pertambahan masih kekal di atas 10,000 kes sehari.

Pada hari ini, sebanyak 11,985 kes baharu dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 di dalam negara kepada 951,884 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), negeri Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi dengan 5,550 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 1,174 kes, dan Kedah sengan 800 kes.

Tiga negeri lain turut menunjukkan angka kes melebihi 500 iaitu Negeri Sembilan dengan 745 kes, Johor (644 kes) dan Pahang (603 kes).

Hanya dua negeri melaporkan pertambahan kes di bawah angka 50 dengan WP Labuan melaporkan pertambahan 35 kes, dan Perlis dengan hanya 2 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here