
TOKYO- Sekurang-kurang 127 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan atlet dan petugas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun.
Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 memaklumkan pertambahan 17 kes baharu itu termasuk atlet luar negara yang ditempatkan di perkampungan Olimpik.
Sejak awal bulan ini, 123 kes Covid-19 melibatkan para atlet di perkampungan Olimpik dan penganjur temasya tersebut dilaporkan.
Kes terbaharu itu dilaporkan melibatkan dua pemain bola sepak dari pasukan Afrika Selatan, anggota simpanan pasukan gimnastik Amerika Syarikat, pemain bola tampar Republik Czech dan petugas keselamatan.
Epidemiologis Sukan di Kolej Oxford Emory University, Zackary Binnery berkata, penularan dalam kalangan atlet dan petugas akan terus meningkat termasuk mereka yang sudah divaksin.
Untuk rekod, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur adalah setiap atlet perlu melalui ujian saringan setiap hari namun syarat vaksinasi tidak diwajibkan kepada atlet untuk menyertai sukan itu.
Namun, bekalan ujian saringan yang tidak mencukupi menyukarkan proses tersebut dilakukan secara berkala.
