Covid-19: Selangor sedia bantuan khairat kematian RM1,000

0
14

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19.

Pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga memaklumkan, dianggarkan 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada inisiatif itu dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

Dalam kenyataan dikeluarkan, bantuan itu diberikan sebagai bantuan meringankan beban ditanggung keluarga yang kematian ahli keluarga selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.

“Syarat permohonan bagi inisiatif bantuan khairat kematian RM1,000 mestilah warganegara Malaysia, pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di negeri ini atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.

“Mestilah disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian,” katanya.

Selain itu, syarat lain yang ditetapkan adalah kematian berlaku pada tahun ini di negeri Selangor.

Permohonan bagi bantuan itu akan dibuka bermula hari ini (12 Julai sehingga 12 Ogos 2021, menerusi laman web https://www.selangorprihatin.com.

“Penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan itu boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here