Covid-19: Tokyo catat angka kes harian tertinggi sejak Januari

0
85
GAMBAR HIASAN

TOKYO – Pihak berkuasa bandar telah mengarahkan pihak hospital di bandar raya ini supaya menambah bilangan katil bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang semakin meninggi.

Menurut Reuters, sebanyak 2,848 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Untuk rekod, angka jangkitan harian tertinggi direkodkan di Tokyo adalah ketika gelombang kedua pandemik pada 7 Januari lalu, iaitu sebanyak 2,520 kes.

Semalam, Tokyo mencatat sebanyak 1,429 kes baharu, satu kali ganda daripada Isnin minggu lepas.

Buat masa ini, hospital di Tokyo mempunyai sebanyak 5,967 katil bagi merawat pesakit Covid-19.

Pihak berkuasa mensasarkan jumlah katil ditambah sehingga kepada 6,406 bagi menampung pertambahan kes.

Sementara itu, penganjur Olimpik 2020 melaporkan, sebanyak 7 kes baharu dikesan dalam kalangan individu yang terlibat dengan temasya itu.

Difahamkan, antara yang dikesan positif adalah dua atlet yang tidak dinamakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here