Curi ikan kembung dan sayur di Mydin

0
122
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Keadaan yang mendesak ketika ini mengakibatkan segelintir individu terpaksa mencuri ikan dan sayur untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin dalam wawancara khas bersama stesen televisyen tempatan.

Menurut Ameer, sebelum ini, barang elektrik adalah barangan yang paling kerap dicuri namun, sejak PKP, ikan dan sayur adalah barangan yang paling kerap dicuri di pasar raya miliknya.

“Kes kecurian di pasar raya besar seperti Mydin dilaporkan meningkat, tetapi mereka ini bukannya mencuri barangan yang bernilai tinggi.

“Dahulu, individu yang tidak bertanggungjawab curi televisyen dan pembesar suara untuk dijual. Sekarang ini, mereka terpaksa curi ikan kembung dan sayur-sayuran di pasar raya. Ini sangat menyedihkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, jualan mi nsegera di pasar raya miliknya juga naik mendadak pada ketika ini kerana harganya yang murah.

“Jualan mi segera kian meningkat. Adakah anda semua fikir orang kita malas masak? Tidak, ia berlaku kerana orang sudah tidak mampu membeli makanan yang lain.

“Jadi mi segera ialah pilihan makanan yang paling murah untuk mengalas perut mereka. Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka sebegini?” soalnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here