Dapatkan vaksin guna identiti orang lain, wanita Indonesia dipenjara

0
130

JELI – Seorang wanita Indonesia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan setelah didapati bersalah kerana menggunakan kad pengenalan individu lain bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Majisteret Mohamad Nasrudin Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Yanik Setia Pratiwi, 36 setelah dia mengaku salah melakukan perbuatan itu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini, pada Jun dan 4 Julai lalu.

Menurut Bernama, Yanik dikenakan dua pertuduhan di bawah Perkara (1)(c) Akta Pendaftaran Nasional 1990 kerana menggunakan kad pengenalan milik Nor Athirah Zaiki bagi mendapatkan dua suntikan vaksin Covid-19.

Sabit pertuduhan, tertuduh dikenakan denda RM2,000 atau hukuman penjara selama 6 bulan.

Mahkamah yang sama turut mendenda suami tertuduh, Amiruzaman Ab. Rahman, 59, sebanyak RM2,000 di atas tuduhan bersubahat.

Menurut fakta kes, kegiatan pasangan suami isteri itu disedari apabila pemilik asal kad pengenalan itu yang berada di Perak mendapati, dirinya sudah menerima dua dos lengkap vaksin Sinovac menerusi aplikasi MySejahtera di Jeli, Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here